Thursday, November 5, 2009

PENILAIAN MPW1143

PENILAIAN :

Perkara % Penilaian
Kuiz 10% 5 Kuiz
Tugasan 20% 2 Tugasan
Ujian
pertengahan
semester 30% 1 ujian pertengahan semester
Peperiksaan
Akhir 40% 1 peperiksaan akhir
Jumlah 100%


SINOPSIS
Kursus ini merangkumi Islam dan konsep-konsep asas; institusi Islam: Kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, perundangan dan dalam Pentadbiran: Konsep seni dan manifestasi budaya dan isu-isu semasa.

OBJEKTIF
Pada akhir kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat:
Dibentuk untuk menjadi warganegara yang faham tentang Tasawwur Islam.
Didedahkan dengan sumbangan tokoh-tokoh Islam dan pencapaian tamadun Islam sebagai sebuah peradaban yang cemerlang kepada pembangunan kemanusiaan.
Dididik supaya menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang.
Dibentuk supaya lebih dinamik dan berkarisma serta berupaya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran.
Dilatih menjadi tenaga professional yang gemilang dalam menggerakkan pembinaan negara yang berteraskan Islam.

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat:
Menterjemahkan tasawwur Islam dengan tepat.
Menjelaskan sumbangan tamadun Islam sebagai sebuah peradaban yang menyumbang kepada pembangunan ummah.
Menerangkan dan mempraktikkan pendekatan Islam dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapai oleh masyarakat Islam.
Membezakan dan mengamalkan konsep halal dan haram di dalam kehidupan seharian.
Mempraktikkan ilmu yang diperolehi dalam membina negara yang berteraskan Islam.

No comments:

Post a Comment